Ubat Buasir Tradisional: Madu Gamat Tariq Sufi

Penyakit buasir ataupun hemorrhoid adalah salah satu daripada penyakit yang lazim dihadapi kebanyakan orang tetapi sering diabaikan. Biasanya, penghidap penyakit ini hanya akan mula memberikan perhatian terhadap penyakit ini dan mula mencari ubat, sama ada ubat buasir tradisional mahupun ubat dari hospital apabila ia sudahpun menjadi kronik. Oleh kerana inilah, ramai di antara pesakit buasir yang menjadi terdesak untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang mujarab hanya apabila kesakitan yang dihadapi adalah kronik sehingga memudaratkan diri sendiri.

Apa Itu Buasir?

Sebelum itu, mari kita kenali penyakit buasir terlebih dahulu. Secara amnya, penyakit ini berlaku apabila terdapat saluran darah yang terkena tekanan yang tinggi di bahagian dubur, dan seterusnya menyebabkan saluran darah tersebut membengkak. Di dalam kebanyakan situasi, seseorang dikatakan terkena buasir apabila tekanan tersebut menyebabkan wujudnya benjolan di bahagian dubur.

Namun begitu, buasir mempunyai 2 jenis, yang mana ia dipanggil buasir dalaman yang berlaku di dalam dubur dan tidak dapat dikesan daripada luar, dan juga buasir luaran yang boleh dikesan dengan pemeriksaan fizikal sendiri.

Apakah Punca Buasir Berlaku?

Hal ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Secara kebiasaannya, ia disebabkan oleh perbuatan meneran. Perbuatan meneran ini pula berlaku kerana banyak sebab, seperti ketika meneran secara berlebihan sewaktu membuang air yang disebabkan oleh sembelit ataupun ketika mengangkat bebanan yang berat. Oleh kerana ini jugalah, kebiasaannya ramai di antara mereka yang terlibat di dalam sukan mengangkat berat boleh terkena buasir.

Selain itu juga, buasir boleh berlaku jika seseorang duduk terlalu lama dalam satu-satu masa. Hal ini kerana jika kita duduk, sebenarnya tekanan yang tinggi akan diletakkan pada bahagian punggung yang seterusnya memberikan tekanan kepada pembuluh darah di bahagian tersebut. Oleh kerana itulah, mereka yang melakukan “desk job” terlalu lama mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terkena penyakit buasir.

Ubat Buasir Yang Berkesan

Kini, terdapat banyak kaedah untuk merawat penyakit buasir. Bagi kes-kes yang benar-benar kronik, maka penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan melakukan pembedahan. Namun begitu, ianya jarang berlaku dan bagi kes yang biasa, mengamalkan pengambilan ubat-ubatan sudah pun mencukupi.

Ubat Buasir Tradisional: Madu Gamat Tariq Sufi
Madu gamat adalah salah satu produk berkesan untuk merawat buasir secara tradisional.

Pesakit buasir bolehlah memilih pelbagai jenis ubat sebagai rawatan sama ada di farmasi ataupun pengambilan penawar yang bersifat semulajadi. Sebagai contoh, herba campuran madu gamat boleh diambil sebagai ubat buasir tradisional dek kerana kemampuannya untuk menstabilkan kembali saluran darah yang terkena tekanan tadi. Walau apa pun, pesakit buasir perlulah juga memastikan supaya mereka mengambil langkah-langkah pencegahan supaya buasir tidak menjadi lebih serius semasa menjalani proses pemulihan.

Jika anda sedang mencari ubat buasir tradisional, silalah layari http://madugamat.com/ubat-buasir-tradisional/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.